Followers

Saturday, April 2, 2011

::shauqah wardah::




Hatiku resah,
Melihat sekuntum mawar hilang serinya,
Layunya dipetik tangan-tangan nakal,
Dikasari dengan kejam,
Adakah layaknya layanan seperti itu kepadamu?
Namun, adakah itu salah tangan-tangan yang memetikmu,
Atau dirimu terlalu mekar indah di taman,
Sehingga membangkitkan nafsu yang melihat.

Mawarku,
Tintaku tiada hentinya di sini,
Kau terlalu cantik,
Sehingga Allah menurunkan wahyu kepadamu,
An Nisa' menjadi saksi peraturan kepadamu,
Bahawa dirimu berhak dilindungi lelaki soleh.

Mawarku,
Usah kau pamerkan perhiasaanmu,
Usah kau megahkan kecantikanmu,
Kerana dirimu sememangnya perhiasaan dunia,
Setiap inci tubuhmu bakal menjadi santapan durjana,
Sekiranya kau biarkan kecantikan dirimu terdedah.

Mawarku,
Biarlah kau umpama mutiara terlindung,
Hanya dimiliki oleh insan yang ditakdirkan olehNya,
Allah itu adil dan saksama,
Walaupun kau insan lemah,
Namun imanmu jangan dibiarkan lemah.

Mawarku,
Jangan biarkan kelopakmu gugur menyembah bumi,
Lindungilah dirimu dengan shauqahmu,
Balutilah dirimu dengan sifat malu,
Jagalah akhlak dan imanmu,
Peganglah pada prinsip yang satu Innallahhama'ana..



Hatiku resah,
Melihat sekuntum mawar hilang serinya,
Layunya dipetik tangan2 nakal,
Dikasari dengan kejam,
Adakah layaknya layanan seperti itu kepadamu.
Namun,adakah itu salah tangan2 yang memetikmu,
Atau dirimu terlalu mekar indah ditaman,
Sehingga membangkitkan nafsu yang melihat.

Mawarku,
Tintaku tiada hentinya di sini,
Kauterlalu cantik,
Sehingga Allah menurunkan wahyu kepadamu,
An Nisa’ menjadi saksi peraturan kepadamu,
Bahawa dirimu berhak dilindungi lelaki soleh.

Mawarku,
Usahkau pamerkan perhiasaanmu,
Usahkau megahkan kecantikkanmu,
Kerana dirimu sememangnya perhiasaan dunia,
Setiap inci tubuhmu bakal menjadi santapan durjana,
Sekiranyakau biarkan kecantikkan dirimu terdedah.

Mawarku,
Biarlahkau umpama mutiara terlindung,
Hanya dimiliki oleh insan yang ditakdirkan olehNya,
Allah itu adil dan saksama,
Walaupunkau insan lemah,
Namun imanmu jangan dibiarkan lemah.

Mawarku,
Jangan biarkan kelopakmu gugur menyembah bumi,
Lindungilah dirimu dengan shauqahmu,
Balutilah dirimu dengan sifat malu,
Jagalah akhlak dan imanmu,
Peganglah pada prinsip yang satu Innallah ha ma ana..- Artikel iluvislam.com

::allah penentu segalanya::

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Sunday, March 27, 2011

::haWA mEsTI bAcA::

:: renungkanlah wahai hawa ::

...Assalamualaikum...



HAWA,

Sedarkah engkau sebelum datangnya sinar islam, kita dizalimi,hak kita dicerobohi, kita ditanam hidup-hidup, tiada penghormatan walau secebis oleh kaum adam,tiada nilaian dimata adam, kita hanya sebagai alat untuk memuaskan nafsu mereka. Tapi kini, bila rahmat islam menyelubungi alam bila sinar islam berkembang, darjat kita diangkat, maruah kita terpelihara, kita dihargai dan dipandang mulia, dan mendapat tempat di sisi Allah sehingga tiada sebaik-baik hiasan didunia ini melainkan wanita solehah.

WAHAI HAWA,

Kenapa engkau tak menghargai nikmat iman dan islam itu..?? kenapa mesti engkau kaku dalam mentaati ajaranNya, kenapa masih segan mengamalkan isi kandungannya dan kenapa masih was-was dalam mematuhi perintahNya..? Wahai hawa, tangan yang mengoncang buaian bisa menggoncang dunia, sedarlah hawa, kau bisa menggoncang dunia dengan menlahirkan manusia hebat yakni yang soleh dan solehah, dan kau bisa menggegar dunia dengan menjadi isteri yang taat serta memberi dorongan dan sokongan pada suami yang sejati dalam menegakkan islam dimata dunia. tapi hawa, jangan sesekali kau menggoncang keimanan lelaki dengan lembut tuturmu, dengan ayu wajahmu, dengan lenggok tubuhmu, jangan kau menghentak-hentak kakimu untuk menyatakan kehadiranmu.

JANGAN HAWA,

Jangan sesekali cuba menarik perhatian kaum adam yang bukan suamimu. Jangan sesekali mengoda lelaki yang bukan suamimu kerana aku khuatir ia mengundang kemurkaan dan kebenciaan Allah. Tetapi memberi kegembiraan kepada syaitan kerana wanita adalah jala syaitan, alat yang dieksploitasikan oelh syaitan dalam menyesatkan adam.

HAWA,

Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibubapamu, andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau seorang ibu didiklah anakmu sehingga ia tak gentar memperjuangkan ad-din Allah.



HAWA,

Andai engkau beleum berkahwin, jangan kau risau akan jodohmu,ingatlah hawa janji tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan mengadaikan maruahmu hanya semata-mata kerana seorang lelaki, jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki, kerana kau bukan memancing hatinya tetapi merangsang nafsunya. Jangan memulakan pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata turun kehati, dari senyuman membawa ke salam dari salam cenderung kepada pertemuan dan dari pertemuan...takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

HAWA,

Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, kemanjaannya, serta kemampuan menggoncang iman mereka. Tetapi hawa, lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya,peribadinya dan addinnya. Lelaki yang baik tidak menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan pada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta sebabnya dia tahu apa matlamat dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita yakni perkahwinan.

OLEH ITU HAWA,

Jagalah pandanganmu,jagalah pakaianmu, jagalah akhlakmu,kuatkan pendirianmu. Andai kata ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah menyinari dan memenuhi jiwamu, cukuplah sekadar cinta adik-beradik serta keluarga yang akan membahagiakan dirimu.

HAWA,

Cintailah Allah dikala susah dan senang kerana kau akan memperoleh cinta dari insan yang juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibubapamu kerana kau akan peroleh keredhoan Allah. Cintailah keluargamu kerana tiada cinta selain cinta keluarga.

HAWA,

Ingatanku yang terakhir, biarlah tangan yang menggoncang buaian ini bisa mengoncang dunia dalam mencapai keredhoan Ilahi. Jangan sesekali tangan ini juga yang menggoncang keimanan kaum Adam, kerana aku sukar menerimanya dan aku benci mendengarnya.


luvesmuslimah