Followers

Saturday, February 26, 2011

:: sEkAdaR pEriNGaTaN BeRsAmA ::

Kisahnya mengenai 3 org, Adam, Ain, dan Haikal... Adam dan Ain sama-sama belajar di Sma Ibtisam. Beberapa lama kemudian, Adam jatuh hati pada keayuan Ain. Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan. Tetapi, Adam cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Ain sebab nanti takut kena tangkap dengan guru disiplin sekolah.

beberapa tahun berlalu...Akhirnya, apabila Adam berada di Tingkatan 5, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, Ain tewas pada pujuk rayunya. Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’. Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple. "COUPLE ISLAMIC". Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni. Bukan itu sahaja, Ain kena pakai tudung labuh. Adam pula pakai serban dan jubah. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar bawa Al-Quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh qiamullail. Hah! kan Islamic punya couple tu.

Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Adam ditakdirkan bertemu dengan Haikal. Ketika itu Adam dan Ain sedang bertadarrus di RFC. Haikal tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk. Bila duduk, Haikal bertanya, "Have you married?". "No.", jawab Ain. "So, why you sit together with this ajnabi alone here", tanya Haikal. "Kami couple, tapi Islamic way" jawab Adam...Haikal hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Haikal pun memulakan ceritanya.

"Aku ni muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu. Tetapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku
dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi. Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni??? Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam. Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat dia. Tapi aku…mana ada. Jadi, time kat hospital tu aku fikir. Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar. Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecik aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku vacuum terus. Camnilah kehidupan aku dan babi tu buat 2 tahun. Lepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok-tengok babi ni takde leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi ni. Lepas tu, aku pun masak la bakut teh. Tengah-tengah makan, nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan. Ustaz!!! jom makan. Babi Islam nih.”

Bila terdengar kisah itu, Adam dan Ain pun sedar. Kalau benda itu haram, ia tetap haram. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas...
p/s :
HARAM tetap akan HARAM walau kita cuba apa cara sekalipun untuk mengHALALkannya..peringatan untuk diri sendiri terutamanya....wallahualam..
so kepada sesiapa yang bercouple tu hayatilah kisah di atas..
tak salah nak bercinta tapi biarlah cinta yang halal kerana cinta itu fitrah dan ia hadir tanpa dipinta...Siapa kita untuk menghalang rasa cinta yang diberikan oleh Sang Pencipta Rasa Cinta...
sahabat-sahabat tahu bagaimana kisah Saidina Ali dan Saidatina Fatimah bercinta??? Cinta yang sangat mulus... Cinta yang disimpan di dalam hati, dan akhirnya memang itu dinamakan jodoh mereka berdua disatukan dengan ikatan yang halal.

No comments:

Post a Comment