Followers

Thursday, March 24, 2011

::MUHASABAH CINTA::



Assalamualaikum...
Sekadar peringatan dan muhasabah bersama...

bila kamu letih dan hilang semangat, Allah tahu betapa kau telah cuba sedaya upaya...
bila tangismu tak henti, Allah mengira airmatamu...
dan masa pula berlalu menimggalkanmu, Allah sentiasa disisimu...
bila kau mencuba tetapi tak tahu tujuan, Allah adalah jalan penyelesaiannya...
bila kau merasai semua tidak bererti buatmu,ingatlah Allah ada jawapannya....

tunjangkan resah dengan SOLAT,
tutupi kekecewaan dengan TAKWA,
nilaikan kesucian diri melalui KEIKHLASAN HATI,
kuatkan semangat wahai pendukung agama Allah,
penyambung tali perjuangan Rasulluah..





wahai pemilik nyawaku
betapa lemah diriku ini
berat ujian darimu
kupasrahkan semua padaMU

TUHAN,baru kusedar
indah nikmat sihat itu
tak pandai aku bersyukur
kini kuharapkan cintaMU

kata-kata cinta terucap indah
mengalir berzikir dikidung doaku
sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku

butir-butir cinta airmataku
teringat semua yang kau beri untukku
ampuni khilaf dan salah selama ini
ya Ilahi, muhasabah cintaku

Tuhan, kuatkan aku
lindungiku dari putus asa
jika kuharus mati
pertemukan aku denganMU...

...Muhasabah cinta...
Lagu ni membuatkan kita kembali mencintai Allah...kembali merindui Allah...
Janganlah bile kita susah sahaja baru kite kembali kepadaNYA...
ALLAH maha pengampun...Jadi sentiasalah mendampingiNya walaupun susah dan senang...
Lagu ni juga membuatkan semangat ku kembali menyeru setelah pelbagai onak dan duri menjatuhkan aku diruang paling dalam,diruang paling gelap,bile aku rasa tiada siapa bersama aku..
Tetapi aku selalu alpa bahawa Allah sentiasa bersama aku..
maafkan aku YA Allah...

"cintailah Allah,lafazkan kalimah cinta dari bibirmu yang sentiasa dahagakan zikrullah,
rasailah kekerdilan diri tatkala dahimu mencecah sejadah,
hitunglah dosa-dosamu yang telah berlalu dan tebuskanlah dengan pahala pada hari yang mendatang.
bertaqwalah dengan sebenar-benar takwa,
agar dirimu menjadi hamba yang bakal menjadi tetamu syurga kelak"
salam mujahadah

No comments:

Post a Comment