Followers

Wednesday, April 20, 2011

::dan detik itu::


Sedetik itu...

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan...betul ke...?...tapi tidak bagi aku...pertemuan yang terjadi antara aku dan dia adalah satu ketentuan...pertemuan yang tidak diduga, pertemuan yang tidak dirancang, pertemuan yang tidak dijanjikan malah aku turut mengharapkan pertemuan demi pertemuan mewarnai persahabatan dia dan aku.
~Detik 13 April 2011, adalah detik yang takkan kulupa..hari olahraga bagi semester 2 di Upsi. Disinilah pertemuan pertama kami tercipta.



~Detik 9:48 a:m ( pertemuan 1 )

Aku dikhendaki ke platform lompat tinggi untuk menyertai kejohanan. Aku mewakili group c dalam acara tersebut...terkejut bukan kerana aku bukanlah atlet yang pernah masuk dalam mana-mana kejohanan..huhu..tapi boleh tahan la bangganya apabila aku terpilih dan detik itu...jeng3...teeeeeetttttttttttt...

Dia adalah seorang pegawai kejohanan yang perlu menjaga bahagian lompat tinggi...Entah mengapa pertama kali aku melihatnya, hatiku berdebar-debar..tapi aku diamkan kerana aku bukanlah jenis yang suka berkawan dengan lelaki. Aku fikirkan hatiku berdebar-debar kerana ingin merebut pingat dalam acara itu..nah, think positif la kununnye...

setiap kali aku melakukan lompatan flop, dia menepuk tangan dan menyokong aku..cewah..bangga la bile aku mampu lakukan...tapi malu menguasai diri bila aku tidak mampu melakukan lompatan (kerana ketinggian aku xseberapa)..tetapi dia tetap bagi semangat kat aku..aku mulai pelik..kenapa aku..???(prasan je kot)..(ok,fine!!!)...huhu...

seterusnya ada satu lompatan aku terjatuh atas palang tersebut..sakitnya bukan kepalang, tetapi bila si dia ternampak begitu risau dengan keadaan aku, terus terbang segala kesakitan itu..haha..klaka btui saat itu..dan akhirnya aku kalah dengan...............ha,pkir len erk..aku kalah dalam acara tersebut..sdey3...ye ar,mane taknye..lawan dengan budak coaching..nk mampus aku..huhu..

dan akhirnya bila acara lompat tinggi berakhir, kami berehat ditepi padang dan akhirnya tibe-tibe mataku dan matanya tertaut..hanya senyuman dapat diukir lantaran malu menyelubungi diri..cewah..dan aku hanya dapat berlalu sebegitu sahaja tanpa menegurnya..:(
~detik 1:25 p:m ( pertemuan kedua )

Aku xmengharapkan apa-apa dari pertemuan itu...tapi satu kebetulan baru yang muncul..aku dilantik sebagai ajk makanan ..lantas aku menjalankan tugasku sebagai ajk makanan @ MPTM...hehe..(bukan nak tunjuk rajin tetapi sakit mata tengok sampah nie )...aku memulakan tugasku..tibe-tibe aku ternampak dari ekor mata seperti ada mata yang sedang memerhatikan aku..aku lantas berpaling..durpppp...berdebar jantungku apabila sekali lagi mataku dan matanya terpaut..dia melemparkan senyuman namun layananku bersahaja kerana malu yang teramat..cewah...aku meneruskan tugasku sambil ditemani matanya...:)


~Detik 3:25 p:m ( pertemuan ketiga )

Seusai solat zohor, aku naik semula kerana ingin menonton perbarisan dari semua kontijen-kontijen sukan..aku amat teruja melihat mascot kumpulan kami yang telah mendapat tempat pertama dalam perbarisan ini..lalu kami dipanggil untuk turut serta dalam perbarisan tersebut dipadang...cuaca yang yang panas terik memaksa aku untuk membawa payung ke padang..(dengan lebih jelas, untuk mengelakkan mukaku daripada terbakar )...hehe...

Tapi entah mengapa debarku datang lagi..aku buat-buat biasa sahaja..aku mengambil tempat disebelah rakan-rakanku sambil memegang payung...tibe-tibe... si dia datang menghampiriku dengan niat untuk menumpang payung...aku gelabah dengan tidak sengaja...hehe..kami berkongi payung...jangan salah sangka..ada lagi kawanku yang menyertai kami dalam satu payung tersebut..

Dan dari detik itulah, perkenalan kami bermula..banyak persoalan yang ditanyakan kepadaku..tapi aku lebih suka untuk menjawabnya sahaja..risikonya..??? aku tidak mengetahui apa namanya...aku hanya mengelarkan sebagai putera lilin sahaja kerana ada topic tentang itu dalam perbualan kami...aku digelarkan olehnya puteri lilin...hehe..sweet kn..:)

Dan pada detik itu juga, kami berkongsi teka-teki ..gelak tawa bersatu apabila ada sesuatu yang melucukan..aku merasakan kegembiraan yang teramat pada detik itu...entah mengapa..??aku pun tidak mengetahuinya...

Dan dapat ku katakan tadi, benarlah...setiap pertemuan pasti ada perpisahan..aku terpaksa akur dengan ketentuan ini..berakhirnya sesi olahraga maka berakhirlah jua perkenalan kami..dan diakhir detik itu, dia meminta no telefonku..aku sudah mengagaknya terlebih awal..tetapi aku tidak memberinya dengan alasan “kalau kita ditakdirkan bertemu kembali, biarlah Allah yang menentukan”...kerana kita hanya mampu merencana sesuatu tetapi Allah yang menentukan segalanya..

Dan bagi aku, jauh disudut hati ini, aku mengharapkan pertemuan itu sekali lagi bagi menjalinkan persahabatan ikhlas antara aku dan sidia.

~Buat putera lilin...

Kenangan bersama awak takkan saya lupa..
Tapi saya tahu kita memang tidak ditakdirkan untuk bersama..
Kerana ianya adalah dari hubungan yang tidak halal..
AwAk telah berjaya mengetuk pintu hati saya setelah lama ianya tertutup buat mana-mana lelaki..
Saya mengharapkan detik itu kembali lagi..
Tapi mustahilkan..
Dan saya hanya berdoa agar kita dipertemukan kembali..
Dan saya betul-betul nak jadi sahabat awak..:)

~puteri lilin~
...sweetmemory olahraga 12 april 2011...

2 comments: