:: renungkanlah wahai hawa ::
...Assalamualaikum...
HAWA,
Sedarkah engkau sebelum datangnya sinar islam, kita dizalimi,hak kita dicerobohi, kita ditanam hidup-hidup, tiada penghormatan walau secebis oleh kaum adam,tiada nilaian dimata adam, kita hanya sebagai alat untuk memuaskan nafsu mereka. Tapi kini, bila rahmat islam menyelubungi alam bila sinar islam berkembang, darjat kita diangkat, maruah kita terpelihara, kita dihargai dan dipandang mulia, dan mendapat tempat di sisi Allah sehingga tiada sebaik-baik hiasan didunia ini melainkan wanita solehah.
WAHAI HAWA,
Kenapa engkau tak menghargai nikmat iman dan islam itu..?? kenapa mesti engkau kaku dalam mentaati ajaranNya, kenapa masih segan mengamalkan isi kandungannya dan kenapa masih was-was dalam mematuhi perintahNya..? Wahai hawa, tangan yang mengoncang buaian bisa menggoncang dunia, sedarlah hawa, kau bisa menggoncang dunia dengan menlahirkan manusia hebat yakni yang soleh dan solehah, dan kau bisa menggegar dunia dengan menjadi isteri yang taat serta memberi dorongan dan sokongan pada suami yang sejati dalam menegakkan islam dimata dunia. tapi hawa, jangan sesekali kau menggoncang keimanan lelaki dengan lembut tuturmu, dengan ayu wajahmu, dengan lenggok tubuhmu, jangan kau menghentak-hentak kakimu untuk menyatakan kehadiranmu.
JANGAN HAWA,
Jangan sesekali cuba menarik perhatian kaum adam yang bukan suamimu. Jangan sesekali mengoda lelaki yang bukan suamimu kerana aku khuatir ia mengundang kemurkaan dan kebenciaan Allah. Tetapi memberi kegembiraan kepada syaitan kerana wanita adalah jala syaitan, alat yang dieksploitasikan oelh syaitan dalam menyesatkan adam.
HAWA,
Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibubapamu, andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau seorang ibu didiklah anakmu sehingga ia tak gentar memperjuangkan ad-din Allah.
HAWA,
Andai engkau beleum berkahwin, jangan kau risau akan jodohmu,ingatlah hawa janji tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan mengadaikan maruahmu hanya semata-mata kerana seorang lelaki, jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki, kerana kau bukan memancing hatinya tetapi merangsang nafsunya. Jangan memulakan pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata turun kehati, dari senyuman membawa ke salam dari salam cenderung kepada pertemuan dan dari pertemuan...takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.
HAWA,
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, kemanjaannya, serta kemampuan menggoncang iman mereka. Tetapi hawa, lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya,peribadinya dan addinnya. Lelaki yang baik tidak menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan pada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta sebabnya dia tahu apa matlamat dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita yakni perkahwinan.
OLEH ITU HAWA,
Jagalah pandanganmu,jagalah pakaianmu, jagalah akhlakmu,kuatkan pendirianmu. Andai kata ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah menyinari dan memenuhi jiwamu, cukuplah sekadar cinta adik-beradik serta keluarga yang akan membahagiakan dirimu.
HAWA,
Cintailah Allah dikala susah dan senang kerana kau akan memperoleh cinta dari insan yang juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibubapamu kerana kau akan peroleh keredhoan Allah. Cintailah keluargamu kerana tiada cinta selain cinta keluarga.
HAWA,
Ingatanku yang terakhir, biarlah tangan yang menggoncang buaian ini bisa mengoncang dunia dalam mencapai keredhoan Ilahi. Jangan sesekali tangan ini juga yang menggoncang keimanan kaum Adam, kerana aku sukar menerimanya dan aku benci mendengarnya.
luvesmuslimah
dibawah sakura itu, terdapat sekeping hati yang terdampar sepi...terhiris sunyi...mencari-cari erti cinta yang hakiki... duhai hati,bersabarlah dalam pancarobamu...itu hanya sekelumit yang mampu ditempuhmu...tekadkan sabar dalam jiwamu... janganlah bersedih duhai hati... ingatlah, Allah sentiasa disisi... menanti sujudmu di hening hari...
Followers
Sunday, March 27, 2011
Saturday, March 26, 2011
::tanya sama hati::
ASSALAMUALAIKUM...
lagu ni asalnya ciptaan P.ramlee tp telah diubah suai ketika saye mengikuti satu kem ibadah time form1 dulu...saye ingt lagi bait-baitnye kerana memberi 1001 pengajaran dan pedoman buat kite semua...
lagu ni juga ciptaan ibu kepada seorang ketua fesi time tuh...katenye,ibunya selalu menyanyikan lagu ni wat pedoman anak-anaknya...
persembahkan..:)
TANYA SAMA HATI
APA SEBAB GOYANG
NANTI JAWAB HATI
TANYALAH IMAN
TANYA SAMA IMAN
APA SEBAB KURANG
NANTI JAWAB IMAN
TANYALAH TAQWA
TAQWA NANTI KATA
AKU KURANG MANTAP
TARBIAH SUDAH HILANG
AMAL PUN KURANG
KALAU TIADA TAQWA
NANTI KURANG IMAN
KALAU TIADA IMAN
LENYAPLAH ISLAM
saye yakin semua dah tau lagu ni cmne kn...
cme lirik nye yg berbeza...
sme2 la kite beramal tuk pedoman hidup...:)
::kekasih hatiku::
cinta:cinta:cinta:cinta:cinta NABI MUHAMMAD S.A.W
tazkirah hari ini....
TEMPAT:SURAU AL-FALAH
MASA: 2.00 PM
PENCERAMAH:USTAZ YUSLIZAN YUSUF
PENGERTIAN MENCINTAI NABI MUHAMMAD S.A.W
~ fadilat mencintai Nabi Muhammad s.a.w
Sucikan akal
Menghilangkan kerisauan
Memunculkan keberanian
Mendorong penampilan rapi
Membangkitkan selera makan
Membangkitkan selera makan
Menjaga akhlak mulia
Membangkitkan semangat
Mengenakan wangian
Memperhatikan pergaulan yang baik
Menjaga adab dan keperabadian
Bila cahaya telah singgah dihati...
Fikiran akan terpaut pada cahaya wajahnya...
Jiwa akan menjadi besi...
Muhammad s.a.w adalah magnet...
Rasanya selalu ingin bertemu walaupun sekadar sekejap...
Memandang sekilas bayangan sang kekasih...
Membuat jiwa ini seakan terbang menuju kelangit ketujuh...
Dan bertemu dengannya...
Indanhnya cinta terjadi saat seorang kekasih secara samar menatap bayangan orang yang dikasihi. Bayangan indah itu laksana air yang menyirami, menyegarkan, menyuburkan pepohon taman di jiwa..
MENGAPA PERLU MENCINTAI NABI MUHAMMAD S.A.W
“Dan diantara manusia ada orang yang menyembah Tuhan selain Allah sebagai tandingan, yang mereka cintai seperti mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman sangat besar cintanya kepada Allah. Sekiranya orang-orang yang berbuat zalim itu melihat azab mereka di hari kiamat bahawa kekuatan itu semuanya milik Allah dan bahawa Allah sangat berat azabNya...”(surah al-baqarah:165)
...IMAN YANG SEJATI IALAH MENCINTAI SEMATA-MATA KERANA ALLAH, MEMBENCI SEMATA-MATA KERANA ALLAH, MENJADI KEKASIH ALLAH SEBAGAI KEKASIHNYA DAN MEMBENCI SESUATU YANG DIBENCINYA...
“sampaikan kepada sahabat-sahabatmu walaupun satu ayat”
Thursday, March 24, 2011
::MUHASABAH CINTA::
Assalamualaikum...
Sekadar peringatan dan muhasabah bersama...
bila kamu letih dan hilang semangat, Allah tahu betapa kau telah cuba sedaya upaya...
bila tangismu tak henti, Allah mengira airmatamu...
dan masa pula berlalu menimggalkanmu, Allah sentiasa disisimu...
bila kau mencuba tetapi tak tahu tujuan, Allah adalah jalan penyelesaiannya...
bila kau merasai semua tidak bererti buatmu,ingatlah Allah ada jawapannya....
tunjangkan resah dengan SOLAT,
tutupi kekecewaan dengan TAKWA,
nilaikan kesucian diri melalui KEIKHLASAN HATI,
kuatkan semangat wahai pendukung agama Allah,
penyambung tali perjuangan Rasulluah..
wahai pemilik nyawaku
betapa lemah diriku ini
berat ujian darimu
kupasrahkan semua padaMU
TUHAN,baru kusedar
indah nikmat sihat itu
tak pandai aku bersyukur
kini kuharapkan cintaMU
kata-kata cinta terucap indah
mengalir berzikir dikidung doaku
sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
butir-butir cinta airmataku
teringat semua yang kau beri untukku
ampuni khilaf dan salah selama ini
ya Ilahi, muhasabah cintaku
Tuhan, kuatkan aku
lindungiku dari putus asa
jika kuharus mati
pertemukan aku denganMU...
...Muhasabah cinta...
Lagu ni membuatkan kita kembali mencintai Allah...kembali merindui Allah...
Janganlah bile kita susah sahaja baru kite kembali kepadaNYA...
ALLAH maha pengampun...Jadi sentiasalah mendampingiNya walaupun susah dan senang...
Lagu ni juga membuatkan semangat ku kembali menyeru setelah pelbagai onak dan duri menjatuhkan aku diruang paling dalam,diruang paling gelap,bile aku rasa tiada siapa bersama aku..
Tetapi aku selalu alpa bahawa Allah sentiasa bersama aku..
maafkan aku YA Allah...
"cintailah Allah,lafazkan kalimah cinta dari bibirmu yang sentiasa dahagakan zikrullah,
rasailah kekerdilan diri tatkala dahimu mencecah sejadah,
hitunglah dosa-dosamu yang telah berlalu dan tebuskanlah dengan pahala pada hari yang mendatang.
bertaqwalah dengan sebenar-benar takwa,
agar dirimu menjadi hamba yang bakal menjadi tetamu syurga kelak"
salam mujahadah
Tuesday, March 22, 2011
::cerita tentang doll feveret::
assalamualaikum...
saye dtg nk minx derma...
hehe...
slah lak..
saye nk dtg juz nk upload gambo...
"DOMOKUN"
hahahahaha...
jangan jeles...
comey cam saye kn..hehe...
domokun saye tgh mnjerit smbil berkata...
sy sayang SHAUQAH WARDAH....hehe..
hehe...comey sangat domokun saye...
jangan curi tw..hehe..
ok la..sampai disini sahaje erk..
t kite jmpe ag..hehe..
papai....wslm..:)
saye dtg nk minx derma...
hehe...
slah lak..
saye nk dtg juz nk upload gambo...
"DOMOKUN"
hahahahaha...
jangan jeles...
comey cam saye kn..hehe...
domokun saye tgh mnjerit smbil berkata...
sy sayang SHAUQAH WARDAH....hehe..
hehe...comey sangat domokun saye...
jangan curi tw..hehe..
ok la..sampai disini sahaje erk..
t kite jmpe ag..hehe..
papai....wslm..:)
::aku hanya insan biasa::
Kepadamu yang akan menjadi pendampingku kelak..
Terima kasih kerana telah memilihku di antara ribuan bidadari di luar sana yang siap untuk kamu pilih.. Padahal kamu begitu tahu, aku hanya wanita biasa, yang sangat jauh dari sempurna.Kerananya ku ingin kamu tahu, aku bukan wanita yang sempurna, aku begitu banyak kekurangan. Maka ketahuilah..
Kepadamu yang akan memilihku kelak..
Aku tak sebijak Siti khadijah, kerananya ku ingin kamu tahu, aku akan saja berbuat salah dan begitu menyedihkan. Maka ku mohon padamu, bijaklah dalam menghadapiku, jangan marah padaku, nasihati aku dengan hikmah, kerana bagiku kamulah pemimpinku, tak akan berani ku membangkang padamu..
Duhai kau yang telah memilihku kelak..
Ingatlah, tak selamanya aku akn cantik di matamu, ada kalanya aku akan begitu kusam dan hodoh. Mungkin kerana aku begitu sibuk di dapur, menyiapkan makan untuk kamu dan anak-anak kita nanti –Insya’Allah-. Maka aku akan tampak kotor dan berbau asap.
Atau kerana seharian ku harus meguruskan istana kecil kita, agar kamu dan anak kita dapat tinggal dengan nyaman dan damai. Maka mungkin aku tak sempat berdandan untuk menyambutmu sepulang bekerja..
Ataukah kamu akan menemukanku tersengguk-sengguk saat mendengar keluhan dan ceritamu, bukan kerana aku tak suka menjadi tempatmu menumpahkan segala rasamu, tapi karena semalam saat kau tertidur dengan nyenyak, aku tak sedetikpun tertidur karena harus menjaga anak kecil kita yang sedangsakit, dan ku tau kamu letih mencari rezeki untuk kami maka tak ingin ku mengusik sedikit pun lelapmu..
Jadi jika esok pagi kau mendapatiku begitu letih dan ada lingkaran hitam di mataku, maka tetaplah tersenyum padaku, kerana kau adalah kekuatanku..
Padamu yang menjadi nahkoda dalam hidupku kelak..
Ketahuilah, aku tak sesabar Fatimah, ada kalanya kau akan menemukanku begitu marah, menangis , bukan kerana ku membangkang padamu, tapi aku hanya wanita biasa, aku juga perlu tempat untuk menumpahkan beban di hatiku, tempat untuk melepaskan penatku, dan mungkin saat itu aku tak menemukanmu, atau kau begitu sibuk dengan pekerjaanmu, maka bersabarlah, yang ku perlukan hanya pelukan dan belaianmu.. Kerana bagiku kau adalah titisan embun yang mampu memadamkan segala resahku..
Ataukah ada kalanya tanganku akan mencubit dan memukul penuh kasih sayang si kecil kerana lelah dan penatku di tambh rengekannya yang tak habis-habisnya. Sungguh bukan kerana ku ingin menyakitinya, tapi kadang aku kehabisan cara untuk menenangkan hatinya.
Maka jangan memarahiku kerana telah menyakiti buah hati kita, tapi cukup kau usap kepalaku, dan bisikkan kata sayang di telingaku, kerana dengan itu ku tau kamu selalu menghargai semua yang ku lakukan untuk kalian, dan kamu akan menemukanku menangis menyesali perlakuanku pada anak kita, dan aku akan merasakan ribuan kali rasa sakit dari cubitan yang ku berikan padanya, dan aku akan berjanji tak akan mengulanginya lagi..
Padamu yang menjadi imam dalam hidupku kelak..
Ketahuilah, aku tak secerdas Aisyah.. Maka jangan pernah bosan mengajariku, membimbingku ke arah-Nya, walau kadang aku begitu bebal dan bodoh, tapi jangan pernah letih mengajariku.. Jangan segan membangunkanku di sepertiga malam untuk bersamamu bermunajat pada Kekasih yang Maha Kasih.. Jangan letih mengingatkanku untuk terus bersamamu mendulang pahala dalam amalan-amalan sunnah.. Bimbing tanganku ke JannahNya, agar kamu dan aku tetap bersatu di dalamnya.
Padamu yang menjadi kekasih hati dan teman dalam hidupku..
Seiring berjalannya waktu, kamu akan menemukan rambutku yang dulu hitam legam dan indah, akan menipis dan memutih. Kulitku yang bersih akan mulai kereput. Tanganku yang halus akan menjadi kasar.. Dan kau tak akan menemukanku sebagai wanita cantik, yang kau khitbah puluhan tahun yang lalu.. Bukan wanita muda yang selalu menyenangkan matamu.. Maka jangan pernah berpaling dariku.. Karena satu yang tak pernah berubah, bahkan sejak dulu akan terus bertambah dan kian bertambah, iaitu rasa cintaku padamu..
Ketahuilah.. Tiap harinya, tiap jam, minit dan detiknya, telah aku lewati dengan selalu jatuh cinta padamu..Maka, cintailah aku, dengan apa adanya aku.. Jangan berharap aku menjadi wanita sempurna.. Maafkan aku kerana aku bukan puteri.. Aku hanya wanita biasa..
::cebisan hati wanita::
Wednesday, March 16, 2011
::suami yang soleh untuk isteri yang solehah::
AUDITION CALON SUAMI
Kadang-kadang saye cuba untuk memahami perasaan dan jiwa halus perempuan (anak dara) yang akan menempuh alam perkahwinan. Tentulah berdebar-debar memikirkannya. Berkahwin dengan siapa? Macammana? boleh bertahankah? semua itu pasti bermain-main dan berlegar-legar dalam kepala mereka termasuk saye sendiri....hehe..
Yalahkan, dulu lain, sekarang lain..lau dulu, belajar lebih kurang pun,leh msuk uni kn..hendak berkahwin pun begitu gak..berunding lebih kurang ngan bakal mentua pun,da kira lulus da...
Sekarang semuanya sangat mencabar. Bukan sahaja berebut-rebut hendak panjat tangga menara gading dan selepas itu hendak mencari kerja lg, hendak cari teman hidup lg payah.. Memang betul2 mncabar...kite berkenan kat orang,orang xminat kt kite...kite meluat pada orang, orang tergila-gilakan kite..kite jual mahal dengan harapan lelaki tersebut keep trying r kn,orang langsung tawar hati dan say hi hi bye bye..sdey btul..
Kite jual murah sgt orang kata barang low quality lak,sekali petik da dapt. Kita mahukan bakal pasangan hidup yg beriman dan warak, tp yg dtg tu imannya da tinggal kerak..ish3..
Kadang-kadang ada keluarga faham syariat, jadi bila dapat calon yang sesuai tentulah hendak di permudahkan dan disegerakan perkahwinan itu, tapi keluarga terdekat lak buat kecoh.
‘letaklah harga mahal sikit, ingat anak kamu tu janda ker?’ inilah kata-kata hikmat yang selalu buat kita serba salah. Itu belum cerita pasal 1001teknik dan taktik lagi untuk mengusha awek2 skang...haha..
Semua ini membuatkan org perempuan kena berhati-hati terhadap profil calon-calon yang mencuba untuk audition. Bukan apa, risau salah pilih apatah lagi bila calon sudah shake hands dengan tok kadi semuanya jadi payah dan sukar..
Tapi kite sebagai orang islam, kenalah yakin sungguh-sungguh jodoh pertemuan di tangan tuhan. Jangan sesekali membelakangkan Allah dan syariatnya dalam soal mencari teman hidup ini...
Disamping mnegeratkan hubungan dengan Allah, ada benyak petua yang telah dikitabkan untuk kemudahan kita mencari jodoh yang seswai. Jangan hanya hendak cuba petua-petua moden yang datang dari luar sahaja..semuanya nmpak mudah dapat tapi ingat cara itu tak berkat. Bila xberkat semuanya jadi berselirat dan payah hendak diubat..
Ingatlah janji Allah, lelaki yang baik untuk perempuan yang baik...
Waallualam...
anashauqahwardahluvuols :)
Subscribe to:
Posts (Atom)

















